Kumpulan 5
Makanan Tradisional Kaum Peranakan Baba Nyonya
Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya terkenal di Melaka. Masyarakat ini juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu. Tetapi amalan ini hanya dilakukan di rumah sahaja.
​
Makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan. Di sinilah dihidangkan masakan dan kuih-muih tradisional mereka.
​
Jenis-jeins masakan Baba adalah seperti kari, sambal, pang-teh, bak-wan kepiting iaitu campuran daging babi dan sup ketam, itik timitik yang disalut dengan sayur jeruk atau diperam, itik sioh iaitu daging itik yang disalut dengan rempah, hati babi bungkus, acar Nyonya dan nasi lemak.
​
Selain itu, masyarakat Baba juga menghidangkan Nasi Kunyit dan sejenis mee yang dibuat khas, iaitu 'mee sua tau'. Mee ini dibuat bertujuan untuk memenuhi hajat supaya dipanjangkan umur.
​
Kuih-muih tradisional masyarakat Baba pula terdiri daripada kuih bakul atau tih kuey dan kuey-ku yang berbentuk kura-kura berwarna merah, biru dan hitam. Kuih bakul atau tih kuey ini adalah warisan masyarakat Cina terhadap masyarakat Baba. Selain itu, masyarakat Baba juga meminati kuih-miuh tradisional Melayu seperti dodol, wajik, tapai, bahuludan lain-lain lagi.
Kuih onde-onde atau juga dikenali sebagai buah melaka merujuk kepada sejenis kuih yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung beras pulut, manisan, kelapa muda parut, garam, air dan daun pandan (untuk warna dan baunya yang harum). Kuih onde-onde merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia. Di Indonesia ia dikenali dengan nama "Klepon". Di Brunei ia dikenali sebagai "kuih pancit".
​
Nama kuih onde-onde datangnya dari cara menghasilnya di mana adunan digentel bulat. Nama kuih buah Melaka pula datangnya dari saiz dan bentuknya yang menyerupai buah pokok melaka. Selain itu perbezaan antara kuih onde-onde dan kuih buah Melaka adalah kandungan intinya. Kuih buah Melaka menggunakan gula kabung/gula Melaka yang lebih cerah sebagai inti. Kuih onde-onde pula menggunakan gula nisan yang diperbuat daripada nira kelapa dan bewarna lebih hitam.Di sesetengah tempat di pantai timur kuih ini lebih dikenali sebagai kuih kekoh caar.
​
Kuih onde-onde biasanya dihasilkan sebagai hidangan makan petang. Kuih onde-onde biasanya agak mudah untuk dihidangkan kerana ia tidak begitu melikit atau berkuah. Kuih onde-onde biasanya ada dihidangkan sebagai hidangan pejabat, contohnya semasa mesyuarat.
Kuih Seri Muka biasanya dibuat di dalam talam yang besar yang berbentuk bulat ataupun segiempat sama atau segiempat tepat. Selepas kuih telah masak, barulah ia dipotong menurut saiz hidangan dalam bentuk yang dikehendaki.
Kuih Seri Muka biasanya dihasilkan dalam dua lapisan dan secara tradisi berwarna hijau (lapisan atas) dan putih (lapisan bawah). Ini kerana pada masa dahulu, daun pandan digunakan sebagai pewarna dan lebih mudah didapati. Pada masa kini terdapat beberapa warna makanan yang digunakan bagi menarik minat pembeli.
Lapisan bawah kuih Seri Muka ini diperbuat dari pulut, manakala lapisan atasnya berasaskan telur dan santan kelapa serta pewarna pandan.
Kuih Angku atau dikenali sebagai ‘red tortoise cake’ dalam inggeris ,merupakan salah satu kuihtradisional cina berbentuk seperti kura-kura yang diwarisi secara turun-temurun oleh kaum peranakan baba dan nyonya.
​
Kuih angku berbentuk kura-kura kerana menurut kepercayaan cina, kura kura melambang umur panjang kerana kura-kura mempunyai umur yang panjang dan jugamembawa nasib dan makna yang baik. Oleh itu,kuih angku kebanyakan disediakan pada tahun baru cina atau upacara penyembahan dewa. Di samping itu, kuih angku juga disediakan pada hari penting seperti kelahiran bayi atau hari jadi warga emas kerana kuih angku melambangkan bahagia dan kekayaan kepada warga emas atau bayi yang baru dilahirkan.
​
Kue Ku adalah Kue yang terbuat dari Tepung Ketan yang diisi Kacang Hijau. Rasanya kenyal sedikit lengket dengan kacang hijau yang sangat lembut. Biasanya, kuih angku dihasilkan dengan menggunakan perkakas acuan kuih ang ku.