Kumpulan 5
Makanan Tradisional Kaum Cina
Bakcang merupakan salah satu makanan tradisional yang penting dalam masyarakat cina. Kata ‘bakcang’ adalah berasal dari dialek Hokkian. ‘Bakcang’ secara harfiah ‘bak’ adalah daging dan ‘cang’ adalah berisi daging, namun selain yang berisi daging, ada juga cang yang tidak berisi dan biasanya dimakan bersama dengan srikaya atau gula, iaitu ‘kicang’.
Bakcang dibuat dari beras ketan sebagai lapisan luar dan daging, cendawan and kacang putih sebagai isinya. Ada juga yang menambahkan kuning telur asin sebagai isi supaya ia menjadi lebih enak. Biasanya, bakcang ditambahkan sedikit garam, gula, lada, penyedap makanan, kicap, dan sedikit minyak nabati. Selepas semua bahan disediakan, bahan-bahan dimasukkan ke dalam duan bamboo panjang dan lebar yang harus dimasak terlebih dahulu dan akhirnya mengikatnya dengan tali pengikat. Bakcang biasanya diikat berbentuk limas segi tiga.
Bakcang menurut legenda kali pertama muncul pada zaman Dinasti Zhou. Ia berkaitan dengan simpati rakyat kepada Qu Yuan yang bunuh diri dengan melompat ke Sungai Miluo. Pada masa itu, bakcang dilemparkan rakyat sekitar ke dalam sungai untuk mengalihkan perhatian makhluk - makhluk di dalam sungai supaya tidak memakan jenazah Qu Yuan. Selapas itu, bakcang telah menjadi salah satu simbol perayaan Duan Wu.
Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Secara tradisi, tangyuandimakan ketika perayaan Yuanxiao, atau Chap Goh Meh.
Dalam sejarah, terdapat beberapa nama-nama yang berbeza telah digunakan untuk merujuk kepada tangyuan. Semasa zaman pemerintahanMaharaja Yongle dari Dinasti Ming, namanya dirasmikan sebagai yuanxiao yang berasal dari perayaan Chap Goh Meh, digunakan di bahagian China Utara. Nama ini secara harfiahnya bermaksud "Selamat malam pertama", memandangkan ia adalah Bulan purnama pertama selepas Tahun Baru Cina, selalunya merupakan bulan baru.
Walau bagaimanapun, di China Selatan , ia dipanggil tangyuan atau tangtuan.Lagenda mengatakan bahawa semasa pemerintahan Yuan Shikaidari tahun 1912 untuk 1916 , mereka tidak menyukai nama yuanxiao kerana ia kedengaran seperti "mengeluarkan Yuan" (元宵). Oleh itu, mereka menukarkan namanya kepada tangyuan. Nama baru ini secara harfiahnya bermaksud "bola bulat dalam sup". Tangtuan juga membawa erti yang sama iaitu "ladu bulat dalam sup". Dalam kedua-dua dialek utama Cina mereka iaitu Hakka dan Kantonis, "tangyuan" disebut sebagai "tong rhendantong jyun". Istilah "tangtuan" (Hakka:tong ton, Kantonis:tong tyun) lazimnya tidak digunakan dalam dialek ini.
Terdapat dua jenis tangyuan,iaitu tangyuan dengan berinti dan tanpa inti.Bahan utama kedua-dua jenis tangyuan ialah tepung beras pulut.Bagi tangyuan dengan berinti,pengisiannya boleh sama ada manis atau makanan yang sedap.Variasi Utara mencampurkan bijan, kacang tanah, pes kacang manis dan mencampurkan bahan-bahan ini ke dalam bakul buluh dengan tepung beras, taburkan air secara berterusan pada tepung beras untuk membentuk inti dan bentuk bola yang bulat.Bentuk tangyuan di variasi selatan biasanya besar dan tangyuan ini biasa dibuat dengan membalut pengisian ke dalam tepung pulut dan membentuknya kepada bentuk bola.